Pemerengganan dan Tenik Menstrukturkan Idea
Pemerengganan dan teknik menstrukturkan idea dalam rencana bertajuk mencari dinamik politik kampus yang ditulis oleh Mohd Zain dapat dikelaskan seperti berikut:-
a. Ayat tesis
Penulis menggunakan ayat tesis terbatas iaitu menghuraikan tentang pelajar IPTA yang lantang bersuara menyuarakan pendapat dan idea mewujudkan penglibatan yang dinamik dalam politik kampus.
b.Ayat Topik
Penulis menggunakan secara sepenuhnya penggunaan ayat topik dalam menyokong ayat tesis yang diberikan.
Contohnya dalam perenggan ke-3 "Sudut pidato yang kini dibenarkan semula perlaksanaan di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu. Ayat topik yang digunakan menyokong ayat tesis iaitu tentang kewujudan pelajar IPTA yang lantang bersuara menyatakan pendapat."
c. Perenggan Deduktif
i) Menjelaskan tentang tujuan perenggan pada bahagian awal perenggan, diikuti dengan ayat huraian. Contohnya "Selain itu pemilihan majlis perwakilan pelajar MPP yang diadakan setiap tahun boleh manjadi contoh terbaik bagaimana pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan terkawal.
ii) Perenggan Induktif
Perenggan induktif perenggan yang bermula dengan idea-idea sokongan, iaitu hal-hal khusus, kemudian diakhiri dengan generalisasi atau pernyataan umum. Contohnya "Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri mohammad khaled Nordin, perlaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutamanya dalam era ledakan maklumat dan penggunaan maklumat.
iii) Perenggan deduktif kompleks
Merupakan perenggan gabungan deduktif dan induktif. Menggunakan ayat topik pada awal dan akhir perenggan. manakala idea-idea penyangga pada tengah ayat perenggan contohnya pada perenggan ke-9 "Bagaimanapun saya percaya perlaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui.."
d. Perenggan Pengenalan
Penulis membuat perenggan pendahuluan ataupun mukadimah dengan teknik analogi. Iaitu pengenalan isu, tema ataupun gagasan utama karangan dengan idea yang menarik. Contohnya "Fonomena 'the angry young man' ataupun golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia.
e. Perenggan Penutup
Penulis membuat perenggan penutup dengan merumuskan keseluruhan dengan menyatakan harapan dan persoalan di akhir karangan. tidak memnuhi ciri-ciri penutup kerana tidak merumuskan keseluruhan isu utama yang dibincangkan.
f. Perenggan Transisi
Penulis turut menggunakan titian antara perenggan dengan mewudkan kesinambungan idea contohnya "Bagaimanapun, saya percaya perlaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari masa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui.."
g. Perenggan Dialog
Seperti kata menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Norden, "Perlaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutamanya dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi"
h. Ciri Perenggan yang Baik
Kesatuan
Setiap perenggan hanya ada satu idea pokok sahaja. Contohnya, Pengalaman Baru, Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru..
Kepautan
Tiada kepautan dalam penulisan ini.
Kejelasan
Penulis mengasingkan jenis isi yang di kemukakan seperti:-
i) Pilihan raya kampus
ii) Pengalaman baru
ii) Label Calon
i) Teknik Menstrukturkan Idea
i) Teknik Analogi :-
Fonomena idea'The angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa.."
ii) Teknik Sebab dan Akibat:-
Bagaimanapun kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan..."
iii) Teknik Petikan:-
Diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri..."