Tuesday, September 28, 2010


ULASAN FILEM KETIKA CINTA BERTASBIH

PLOT

Filem Ketika Cinta Bertasbih merupakan sebuah filem adaptasi daripada sebuah novel cinta karya Habiburrahman el-shirazy. Filem ini mampu menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang menontonya. Filem ini mengisahkan seorang pemuda yang menuntut di Universiti Al-Azhar dan rintangan yang terpaksa dilalui dalam menemui jodohnya serta mendapatkan cintanya kerana Allah.

Filem ini juga memaparkan watak pelakon utama Khairul Azam sebagai pemuda yang sopan, bertanggungjawab kepada keluarga dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Disamping menjadi seorang penuntut di Cairo Mesir dia menyara hidup sebagai pembuat dan penjual tempe. serta bakso bagi menampung ibu dan adik-adiknya yang lain.
Filem ini memperlihatkan suasana sebenar di Cairo dan memeparkan kehidupan realiti pelajar idonesia dalam menuntut ilmu di bumi suci itu. Turut memaparkan situasi dan suasana di bandar tersebut.
Mutu lakonan akteres yang hidup dan tidak hipokrit. Contohnya watak Khairul Azam yang jelas kelihatan sebagai pemuda yang beriman dan berilmu dapat ditonjolkan melalui lakonannya. Begitu juga dengan watak Anna Atthafunnisa sebagai wanita solehah yang kekel bertudung walau babak apa sekalipun yang dilakukan olehnya. Tidak seperti kebanyakan filem cinta lain yang memeparkan adegan-adegan yang tidak sesuai ditonton. Mencerminkan kisah cinta suci bukan cinta murahan yang kebanyakannya kisah cinta yang kita lihat dalam filem-filem sebelum ini.
Filem KCB ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Namun tidak dinafikan filem ini boleh menfokoskan kepada unsur cinta yang lebih sesuai untuk golongan remaja keatas. Pergaulan dan hubungan kekeluargaan yang dilakonkan memberi penonton satu contoh dan teladan yang baik untuk kita manfaatkan dalam kehidupan sebenar.

1 comment:

  1. Salam
    Filem ini memang menarik serta banyak pengajaran yang boleh kita ambil.

    ReplyDelete